Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)?
Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)?
| Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah
sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang
dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring
itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba
tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
BETUL KER BOHONG!!!!!!
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya
Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah
ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan
pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab
Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan
Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah
pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara
saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu
dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi
itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka
cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya
mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya
dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu
bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan
kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai
sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah
yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara
dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan
magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak
dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu
tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar.
Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi
kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal
di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di
kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi
kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh
memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi
oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah,
keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara
semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,”
jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian
para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of
the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa
kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan
menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana
arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah
bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan
Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai
yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang
bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat
kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat
indah ini.
Fakta ini mungkin terdapat salah faham atau penyebaran fakta palsu
berkenaan arah piring astro..untuk keterangan lanjut rujuk artikel
Senarai Kedudukan Piring Setelit ini. Terima Kasih!!