Wednesday, March 5, 2014

Mahkamah Piring Astro

Alahai, pasal piring Astro pun leh sampai ke mahkamah…


Rupa-rupanya selama ini piring satelit Astro (yang macam kuali itu), Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Measat) beli dekat syarikat AV Asia untuk dibekalkan ke rumah kita
tetapi baru-baru ini Measat dah tak beli piring tu dari syarikat AV Asia, diaorang beli pula dari Tele System Electronic (M) Sdn Bhd

Tak puas hati dengan keputusan itu, syarikat AV Asia minta mahkamah menghalang Measat daripada membeli piring satelit daripada Tele System kerana mereka mendakwa Measat menggunakan maklumat sulit milik mereka hingga membolehkan Astro melancarkan produk Astro B.yond High Definition (HD).
keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah tadi menolak permohonan injunksi AV Asia itu sekaligus memerintahkan AV Asia membayar kos RM50,000 kepada Measat dan kos RM10,000 kepada Tele System bagi permohonan injunksi itu.

Dalam saman itu, AV Asia mendakwa Measat telah mendedahkan maklumat sulit kepada Tele System yang sebelum itu adalah syarikat yang menghasilkan reka bentuk piring satelit Measat dan melakukan ujian ke atas piring itu.

AV Asia menyatakan pada Mei 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mencadangkan Measat menjalankan kajian terhadap penggunaan saiz dan reka bentuk piring satelit itu bagi mengurangkan gangguan transmisi satelit semasa hujan.

Syarikat itu kemudiannya berkata pada Jun 2008, ia meminta sebuah syarikat Jepun, Maspro, menjalankan kajian dan pembangunan untuk membangunkan piring satelit yang berdaya tahan terhadap hujan bagi pasaran Malaysia

AV Asia mendakwa ia dan Measat ketika itu telah menandatangani “perjanjian tidak boleh dedah” bertarikh 1 Ogos, 2008 berkaitan dengan pertukaran maklumat sulit

Pada Februari 2009, Measat telah memberitahu AV Asia bahawa ia akan mengeluarkan tempahan pembelian kepada AV Asia sebaik sahaja syarikat itu menandatangani kontrak vendor Measat.

AV Asia mendakwa pada Mei 2009, Measat sebaliknya mempelawa pembida untuk mengemukakan tender untuk membekalkan piring satelit kepadanya yang serupa dengan apa yang terkandung dalam “perjanjian tidak boleh dedah” itu.

Haiiiyyyyooooo, pasal piring pun boleh bergaduhkan. Apapun, depa bergasak macam mana pun kat mahkamah, masalah kita sebagai pelanggan masih lagi tak selesai-selesai…bila hujan saja – “service currently not available”, pergh!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels

Text

Info Satellite di Malaysia © 2013 Supported by Best Blogger Templates and Premium Blog Templates